Apr 16, 2010

Al Kisah Si Hijau

Posted by Soo Bakery at 7:08 PM
Salam kembali..Dah lama tak update entry dlm blogs ni..Sue baru je balik dr Kuching selama seminggu di sana. Dah lama tak balik kampung mmg seronok, jumpa kawan2, keluarga, saudara mara..Masa amat terhad sekali.Peluang balik ke Kuching, Sue berkesempatan pergi ke Serikin, tentu anda semua tahu kan tempat tu. Sesiapa yang ingin datang ke Kuching jangan lupa singgah ke Serikin. Di Serikin Sue sempat grab oven hijau ni..dah lama idamkan,akhirnya dapat juga. Jikalau anda ke Serikin, skill tawar menawar  kena smart ye..Sue sampai bertekak dengan penjual oven ni, bayangkan langsung tak boleh kurang.. Adusss...nak tak nak Sue terpaksa gak mengalah..Lepas beli satu hal pulak, nak bawak balik dr Serikin keta pulak tak muat..ejas punya ejas akhirnya boleh muat...Apalagi Sue senyum sampai ke telinga barang idaman kini sudah dimiliki..hehehhee...
Al kisah Si Hijau ni memang menyayat hati, semasa Sue berangkat pulang ke KL Sue dahpun upgrade baggage ke 30kgs supaya senang nak bawak balik ke KL melalui flight cargo..Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Sue berangkat dr KL jam 9.05mlm dan sampai ke KL jam 10.50mlm. Semasa menunggu pusingan luggage, Sue mengintai2 nape lah Si Hijau tak muncul2,dlm hati mula gundah gulana, sampai luggage yang terakhir Si Hijau tak juga muncul2, apalagi Sue naik cemas, mana pulak peginya si Hijau..Tanpa berlengah Sue pergi ke kaunter LOST & FOUND buat complaint. Officer kaunter bagtau mmg ada box yang tertinggaldan di masukkan di lain penerbangan..Ya Allah..rasa nak nangis pun ada time tu..kata Officer tu lagi kalo nak tunggu la flight pkl 12.30am..Sue mmg dah tak larat, akhirnya terpaksa pulang dengan perasaan hampa, dah pihak LOST & FOUND issue report, just call diaorg utk follow up.

0 comments on "Al Kisah Si Hijau"

 

::Soo Bakery:: Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal