Sejarah Kek Lapis Sarawak
Sejarah Kek Lapis Sarawak berasal daripada Indonesia,namun juadah itu mula diperkenalkan dan mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980an. Sejak itu kek lapis Sarawak semakin sinonim dengan negeri bumi kenyalang ini. Kek lapis Sarawak yang di hasilkan jauh lebih enak berbanding dengan kek lapis negara jiran itu kerana bahan-bahan yang digunakan jauh lebih bermutu dan corak serta motifnya di pelbagaikan. Keunikan kek lapis Sarawak adalah dari segi motif dan coraknya disamping rasanya lazat digabungkan dengan teksturnya yang lembap tetapi pejal. Kek lapis Sarawak kini lebih versatile bukan hanya dihidangkan pada Hari Raya,Tahun Baru Cina dan Gawai Dayak malah digunakan sebagai hantaran pertunangan,perkahwinan hadiah dan sebagai ole-ole. Penghasilan kek lapis Sarawak memerlukan kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi untuk meghasilkan corak dan motif yang unik dan indah. Hakikatnya para pengunjung yang berkunjung ke Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk membeli kek lapis Sarawak sebagai ole-ole.Itulah keunikan Bumi Kenyalang.. ; )
0 comments on " "
Post a Comment